50 Kanak-Kanak Sertai Program Khatan Perdana

Seramai 50 kanak-kanak telah menyertai Program Khatan Perdana RKT Tahun 2025 di bawah Program Rehabilitasi Komuniti.

Program yang diadakan di Masjid RKT Jeram Tekoh ini merupakan program julung kali diadakan oleh KESEDAR menerusi Bahagian Pembangunan Pertanian.

Ia adalah untuk membantu meringankan beban ibu bapa bagi menampung kos berkhatan dari kalangan keluarga yang kurang berkemampuan di kawasan RKT KESEDAR.

Program berkhatan secara percuma ini merupakan kolaborasi antara KESEDAR, Klinik Wildan Gua Musang, Masjid Mukim Jeram Tekoh, Jabatan Bomba dan Penyelamat Gua Musang serta Klinik Kesihatan Jeram Tekoh.

Program ini dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, YB Mohd Azmawi Fikri Abd Ghani.

Turut hadir, Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh dan Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Mohd Fadhly Ab Manaf.

Semoga Program Khatan Perdana tahun ini memberi kebahagiaan dalam sesebuah keluarga seterusnya membawa keberkatan dan keredaan ALLAH SWT.