Bengkel MyPerformance Tahun 2025

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah mengadakan Bengkel MyPerformance Tahun 2025 bertempat di Dewan Dato’ Ariffin Said, Ibu Pejabat KESEDAR, Gua Musang.

Bengkel yang diadakan pada 13 dan 14 Januari lalu adalah untuk memberi pendedahan, menambah kefahaman serta melatih kakitangan bagi setiap bahagian dalam penyediaan Sasaran Kerja Utama (SKU) melalui sistem HRMIS.

Selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024) yang berkuatkuasa pada 1 Disember 2024, Sistem MyPerformance ini wajib digunakan bagi penilaian prestasi tahun 2025 dan seterusnya.

Ia adalah untuk memastikan proses mengunci masuk Sasaran Kerja Utama (SKU) di peringkat bahagian dapat dilaksanakan dalam usaha menyokong pembangunan Submodul MyPerformance menggantikan Sasaran Kerja Tahunan (SKT), merupakan salah satu KPI HRMIS.

Bengkel yang dirasmikan oleh Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh ini disertai 137 peserta yang terdiri di kalangan penjawat KESEDAR.

Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Hajah Norlidasaidi Awang Teh dan Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Mohd Fadhly Ab Manaf.