Seramai 70 ahli Puspanita Cawangan Kecil KESEDAR telah menyertai Program Ihya’ Ramadan : Majlis Khatam Al-Quran 2025.
Majlis yang berlangsung di Masjid Jamek Razaleigh Gua Musang adalah salah satu program pengimarahan bulan Ramadan.
Selain itu, ia juga adalah sebahagian daripada pengisian aktiviti keagamaan dan sosial yang membantu meningkatkan keimanan serta penghayatan ibadah bagi mengeratkan hubungan antara sesama ahli.
Majlis ini turut dihadiri Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KESEDAR, Puan Hajah Norlidasaidi Awang Teh dan Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil KESEDAR, Puan Saida Haji Mat.
Program Khatam Al-Quran merupakan program tahunan KESEDAR di bulan Ramadan.