KESEDAR Perkasa Sektor Pendidikan Di Kelantan Selatan

Gua Musang – YABrs Pengurus Besar KESEDAR, Dr Shahrir Bin Mohammad Zakey telah melawat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bendahara dan mengadakan perbincangan dengan pihak pentadbiran sekolah untuk menjadikan sekolah tersebut sebagai sekolah angkat KESEDAR.
Tujuan program sekolah angkat ini diwujudkan adalah untuk memperkasa prestasi sekolah di luar bandar dari pelbagai aspek seperti akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar untuk memastikan kemenjadian murid lebih komprehensif dan berdaya saing.
Turut hadir, Pengurus Bahagian Pembangunan Masyarakat, Encik Mohd Fadhly Bin Ab Manaf dan Pengurus Wilayah Gua Musang, Encik Ramadhan Bin Sulaiman

Accessibility Toolbar