Lawatan Pemantauan Penyediaan Bill Of Quantity (BQ) Baik Pulih PPRT
Pengurus Besar KESEDAR, YABrs Dr Shahrir Bin Mohammad Zakey telah melakukan lawatan pemantauan proses penyediaan Bill Of Quantity (BQ) oleh Unit Teknikal, Bahagian Pemantauan Dan Penyelarasan KESEDAR bagi projek Baik Pulih di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Tahun 2021 di Kg Limau Kasturi, Gua Musang.
Projek Baik Pulih rumah tersebut merupakan salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi KESEDAR untuk membantu membaiki rumah kumpulan sasar yang terdiri daripada mereka yang didaftar dalam E-kasih dan masyarakat berpendapatan rendah iaitu golongan B40.
Turut hadir, Pengurus Pejabat Wilayah Gua Musang, Encik Ramadhan Bin Sulaiman dan Penolong Pengurus Bahagian Pemantauan Dan Penyelarasan, En Mohamad Hafeez Bin Mohamad Nasir.