Majlis Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang Sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat KESEDAR

Majlis Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang Kempen Kibar Jalur Gemilang Tahun 2020 telah berlangsung di Dewan Komuniti KESEDAR pada 19 November 2020. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YBrs. En. Iskandar Zulkarnain bin Ibrahim, Pengurus Besar KESEDAR, Tn. Hj. W. Rahimi bin Wan Salleh, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dan Pn. Hjh. Norlidasaidi binti Awang Teh, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan).

Bahagian Pembangunan Masyarakat telah dinobatkan sebagai juara pertandingan tersebut dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3000. Tempat Ke-2 dimenangi oleh Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia manakala tempat ke-3 jatuh kepada Unit Komunikasi Korporat. Masing-masing membawa pulang wang berjumlah RM2000 dan RM1000.

Tahniah Kepada pemenang.

Accessibility Toolbar