1

10 Usahawan Terima Bantuan SPKLB

Seramai 10 usahawan di kawasan Wilayah Gua Musang, Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) dan Wilayah Kuala Krai, menerima bantuan menerusi program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB).

Program ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan sokongan kepada usahawan luar bandar yang berpotensi untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Malah, program ini juga dapat menyediakan peluang kepada usahawan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan mereka bagi tujuan pemasaran yang lebih luas.

Antara skop bantuan ialah pembelian atau baikpulih mesin atau peralatan, pengubahsuaian premis perniagaan dan modal pusingan.

Antara enam skop utama program ini adalah perkhidmatan, produk makanan dan minuman, pembuatan atau perkilangan, pertanian, ICT atau kreatif teknologi dan kesejahteraan.

Majlis Penyampaian Barangan Bantuan SPKLB ini disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah (ALP) KESEDAR, Encik Mohd Azmawi Fikri Abd Ghani. Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Mohd Fadhly Ab Manaf.

Diharapkan bantuan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh usahawan yang layak agar dapat meningkatkan lagi perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.

Accessibility Toolbar