Port Dickson – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah mengadakan bengkel penyediaan Pelan Strategik KESEDAR bagi tahun 2022-2026 yang melibatkan penyertaan 64 orang pegawai daripada kumpulan Pengurusan & Profesional KESEDAR. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YABrs Pengurus Besar KESEDAR, Dr Shahrir bin Mohammad Zakey.
Bengkel yang diadakan selama tiga hari ini juga turut disertai oleh pegawai daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan pakar akademik Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) bagi memastikan Pelan Strategik KESEDAR 2022-2026 bersifat lebih inklusif serta komprehensif.
Pelan strategik ini akan menjadi rujukan utama KESEDAR dalam pelaksanaan program pembangunan fizikal dan sosioekonomi di Wilayah Kelantan Selatan. Dokumen ini disejajarkan dengan dasar-dasar kerajaan peringkat nasional dan Kementerian seperti Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), serta memberi fokus kepada usaha memulakan agenda industri halal & digitalisasi.