Bengkel Pengharmonian Klasifikasi Fail bagi warga kerja KESEDAR telah berlangsung dari 23 hingga 25 Jun 2025 bertempat di Bilik Seminar Lagenda 1 & 2, Ideas Hotel, Kuala Lumpur.
Program ini disertai oleh 47 penjawat dari pelbagai bahagian dan unit di KESEDAR yang terlibat secara langsung dalam pengurusan fail dan dokumen rasmi agensi.
Bengkel ini dikendalikan oleh penceramah dari Arkib Negara Malaysia dan Pegawai Kader Arkib dari Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Menerusi bengkel ini, peserta diberi pendedahan mengenai kepentingan penyelarasan klasifikasi fail mengikut piawaian kebangsaan serta pematuhan terhadap Akta Arkib Negara 2003.
Antara isu utama yang dibincangkan adalah kepelbagaian klasifikasi fail antara bahagian, penggunaan kod yang tidak konsisten serta kesukaran membuat pencarian maklumat.
Bengkel ini bertujuan mengatasi cabaran tersebut melalui satu pelan tindakan penyelarasan fail yang lebih sistematik dan relevan dengan fungsi semasa agensi.
Langkah ini turut menyokong pelaksanaan sistem DDMS 2.0 dalam inisiatif pendigitalan KESEDAR.
Bengkel ini dirasmikan oleh Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh.
Secara keseluruhannya, bengkel ini berjaya meningkatkan kesedaran dan pemahaman peserta terhadap keperluan pengharmonian klasifikasi fail.