Bengkel Retreat Bajet KESEDAR 2025, Perinci Perancangan Projek-Projek Tahun Hadapan
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah mengadakan Bengkel Retreat Bajet KESEDAR Bagi Tahun 2025 di Bukit Kluang Beach Resort Terengganu.
Bengkel yang berlangsung selama tiga hari bermula 15 hingga 17 November itu dirasmikan oleh Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh.
Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Hajah Norlidasaidi Awang Teh, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Mohd Fadhly Ab Manaf dan Pengarah JKR KESEDAR, Ir Rizalman Darus.
Bengkel yang dihadiri kesemua pegawai dan kumpulan profesional ini membincangkan mengenai perancangan projek-projek yang bakal dilaksanakan pada tahun hadapan.