Berbasikal Gaya Hidup Sihat – Kelab Berbasikal KESEDAR Memeriahkan Acara

Pejabat Tanah Dan Jajahan Gua Musang telah menganjurkan Program Jom Kayuh Bertam 2022 ” Berbasikal Gaya Hidup Sihat” di Dataran Pasar Malam Sg. Asap pada 26 Mei 2022.

Program kayuhan tersebut mendapat penyertaan menggalakkan daripada para belia dan beliawanis Gua Musang termasuk penyertaan daripada Kelab Berbasikal KESEDAR yang tidak melepaskan peluang menyertai sesi “memanaskan badan” sebagai persediaan Program KESEDAR Jamboree 2022 yang akan berlangsung pada penghujung bulan Julai 2022. Pelepasan lebih 100 orang peserta yang sebahagiannya adalah penjawat awam daripada agensi-agensi di Jajahan Gua Musang telah disempurnakan oleh YABrs. Dr. Shahrir Mohammad Zakey, Pengurus Besar KESEDAR.

Pengurus Besar dalam sesi temu bual menyatakan komitmen untuk memberi sokongan kepada pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi di Wilayah Kelantan Selatan. Agenda Malaysia Sihat akan disuburkan lagi dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti sepanjang tahun ini termasuk KESEDAR Jamboree 2022 yang dijangka akan berjaya menarik penyertaan sehingga 2,000 peserta.

Program Kayuh Bertam 2022 telah dirasmikan oleh YABrs. Tuan Haji Ab. Pattah Hasbullah, Ketua Jajahan Gua Musang. Turut hadir YB Tuan Haji Ab. Aziz Yusoff, ADUN Nenggiri, YB Tuan Haji Amran Ariffin, ADUN Paloh dan Ketua-ketua Agensi di Wilayah Gua Musang.

Accessibility Toolbar