Gua Musang – KESEDAR menyemarakkan program sambutan Hari Kebangsaan dengan mengadakan expedisi mendaki puncak bukit Gua Musang. Seramai 30 orang terlibat dalam menjayakan program ini yang turut disertai oleh Pengurus Besar, YABrs Dr Shahrir bin Mohammad Zakey.
Tujuan program ini diadakan adalah bagi menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan kakitangan serta menzahirkan semangat patriotisme dalam kalangan warga kerja KESEDAR. Gua Musang merupakan antara lokasi tempat tinggal masyarakat pra sejarah dan salah satu tempat tarikan utama pelancong.
YABrs Pengurus Besar juga turut meluangkan masa menyempurnakan Perasmian Penanaman Durian Musang King & Black Thorn di Taman Etnobotani.
Penanaman kedua-dua spesis durian terbaik ini dikawasan Taman Mini Dusun merupakan sebahagian daripada usaha KESEDAR bagi membangunkan kembali Taman Etnobotani sebagai antara hub tarikan pelancong dalam dan luar negara pasca Covid-19, disamping memulihkan semula Taman Herba yang pernah menjadi tarikan utama pelbagai lapisan masyarakat termasuklah para akademik dan pengkaji untuk menjalankan kajian di kawasan tersebut.
Turut hadir dalam Expedisi Kembara Merdeka Tahun 2021 & Perasmian Penanaman Duriang Musang King dan Black Thorn kali ini, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Pn. Hjh. Norlidasaidi Binti Awang Teh, Pengurusan Kanan dan warga kerja KESEDAR dengan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat seperti penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.