Gotong-Royong Perdana Sempena Majlis Hari Raya Aidilfitri KESEDAR 2025

Warga KESEDAR bersama penduduk Kampung Jerek, Gua Musang serta agensi-agensi yang terlibat menjayakan Gotong-Royong Perdana sempena Majlis Hari Raya Aidilfitri KESEDAR 2025 yang akan berlangsung pada 28 April depan.

Majlis yang akan diadakan di Dewan Orang Ramai Dataran Jerek ini diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Selamat Hari Raya. Jumpa Isnin nanti!