Karnival Sukan KESEDAR (KSK) membuka tirai pada hari ini dengan Latihan Kecergasan Penjawat KESEDAR Bil 1/2025 Sempena Kejohanan Sukan MAKSPEN XV Tahun 2025.
Dibuka dengan acara perbarisan di Dewan Dato Ariffin Said, Ibu Pejabat KESEDAR, KSK 2025 mempertaruhkan 16 acara untuk dipertandingkan selama tiga hari bermula hari ini.
Merupakan karnival sukan julung-julung kali diadakan, selain merapatkan ukhwah sesama penjawat, ia juga menjadi medan pemilihan atlet KESEDAR untuk kejohanan sukan MAKSPEN XV 2025 yang dijadualkan akan berlangsung pada Ogos depan.
Acara perbarisan diwarnai dengan empat pasukan iaitu Merah, Biru, Jingga dan Indigo yang mana ia mewakili rumah sukan masing-masing dengan kreativiti yang tersendiri.
Majlis ini dirasmikan oleh Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh. Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Hajah Norlidasaidi Awang Teh dan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Mohd Fadhly Ab Manaf.
Dalam ucapannya, Tuan Haji W Muhd Rahimi berkata kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan untuk mencungkil bakat-bakat sukan dalam kalangan warga KESEDAR, malah menjadi platform terbaik untuk mengukuhkan semangat kesatuan, perpaduan dan kerja berpasukan antara warga KESEDAR.
“Saya berharap kejohanan ini dapat meningkatkan semangat kesukanan dan membentuk budaya gaya hidup sihat dalam kalangan warga KESEDAR.
“Selain mengeratkan hubungan silaturahim antara warga KESEDAR, ia juga dapat memberi semangat persaingan yang sihat dan penuh hormat.
“Menerusi kejohanan ini, kita juga dapat memupuk budaya kecemerlangan dan disiplin yang boleh diterjemahkan dalam tugas harian dan perkhidmatan kepada masyarakat,” katanya lagi.
Sebanyak 16 acara dipertandingan pada KSK 2025 antaranya Bola Sepak, Badminton, Ping Pong, Dart, Mobile Legends, Congkak, Batu Seremban, Bola Jaring, Bola Tampar dan Futsal.