Kejohanan Karom Beregu Piala Datuk Pengerusi KESEDAR Tahun 2025

Seramai 200 peserta dari seluruh daerah di Kelantan menyertai Kejohanan Karom Beregu Piala Datuk Pengerusi KESEDAR Tahun 2025, semalam.

Kejohanan di bawah Program Rehabilitasi Komuniti 2025 ini diadakan di Dewan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kuala Balah, Jeli.

Seramai 100 regu merebut gelaran juara bagi membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,000.

Kejohanan ini dirasmikan oleh Pengerusi KESEDAR, Datuk Haji Zawawi Haji Othman.

Selain kejohanan karom, Pertandingan Bidas juga turut mendapat sambutan luar biasa. Tidak hanya penduduk setempat malah peserta pertandingan ini turut hadir dari daerah lain seperti Pasir Mas, Pasir Puteh dan Bachok.