KESEDAR Bawa ‘Nadi’ Peneroka Di Majlis Perhimpunan Bulan Mei KKDW 2025
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulan Mei 2025 bertempat di Dewan Lestari, KKDW.
Majlis ini disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri KKDW, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Turut hadir, Timbalan Menteri, YB Datuk Hajah Rubiah Haji Wang, Ketua Setiausaha, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Tuan Meor Ismail Meor Akim dan Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh.
Majlis ini turut diserikan dengan persembahan pentas oleh KEDA dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).
KESEDAR telah membawa ‘nadi’ peneroka menerusi persembahan sketsa Karoot Komedia berjudul, Dari Ceruk Rimba ke Desa Sejahtera dengan menampilkan kisah-kisah penubuhan, perjalanan pahit manis peneroka sehinggalah mereka kini bakal memperoleh geran tanah sendiri.
Persembahan sketsa ini diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KESEDAR, Encik Mohd Fadhly Ab Manaf dan dihiburkan dengan nyanyian dikir barat dari Fadil Turbo.
Bakat yang ditonjolkan di kalangan penjawat KESEDAR menerusi persembahan sketsa itu juga turut mendapat pujian daripada YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Tahniah kepada semua yang menjayakan persembahan serta majlis pada kali ini. Anda semua hebat