KESEDAR Fokus Program Keibubapaan, Pendidikan, Kesejahteraan Keluarga Tahun Hadapan

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah menjayakan Program Malaysia Madani: Wacana Ilmu Wanita Inspirasi bertempat di Kesedar Hotel Travel & Tours Sdn Bhd, pada Ahad.

Ia merupakan program akhir yang dirancang oleh Bahagian Pembangunan Pertanian di bawah Program Rehabilitasi Komuniti KESEDAR Tahun 2024.

Program ini memfokuskan golongan wanita di sembilan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) sekali gus bertujuan untuk membangunkan minda berdaya saing, berdikari mencorak sikap dan memgembangkan kemahiran diri serta pengetahuan wanita di kawasan rancangan dengan pengetahuan ilmu agama, sahsiah dan sosial melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.

Program yang disertai 90 peserta ini diisi dengan slot pemeriksaan kesihatan wanita, pengurusan jenazah wanita serta demontrasi masakan.

Program ini dirasmikan oleh Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh.

Dalam ucapannya, Tuan Haji W Rahimi berkata, pada tahun hadapan KESEDAR akan mengadakan lebih banyak program berbentuk keibubapaan, pendidikan, kesejahteraan keluarga, seni tangan dan dandanan diri.

“Kita berharap melalui program yang telah dilaksanakan ini mampu memberi impak yang positif kepada kumpulan sasar dalam membentuk masyarakat yang berilmu serta mampu menguruskan cabaran dalam menangani masalah yang dihadapi samada dari segi mental dan fizikal dalam kehidupan individu mahupun masyarakat umumnya,” katanya.

Accessibility Toolbar