GUA MUSANG – Seramai 12 orang penerima daripada 39 orang peserta yang diluluskan di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP) Fasa 1 2021, menerima bantuan keperluan jahitan daripada Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).
Menerusi bantuan Fasa 1, KESEDAR memperuntukkan RM390,000 kepada 39 penerima merangkumi seluruh kawasan jajahan iaitu Gua Musang seramai 12 penerima, Kuala Krai (9), Jeli (14) dan Tanah Merah (4).
Hadir menyempurnakan majlis, Ahli Lembaga Pengarah (ALP) KESEDAR, YBrs Ustaz Azman Ahmad, Pengurus Besar KESEDAR, YABrs Dr Shahrir Mohammad Zakey dan pegawai-pegawai kanan KESEDAR.
Bantuan PPP ini telah dilaksanakan sejak Rancangan Malaysia Ke-8, dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bertujuan meningkatkan pendapatan golongan miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah (B40), di luar bandar melalui penglibatan mereka dalam bidang ekonomi.