GUA MUSANG – YB Ab. Aziz bin Yusof, Ahli Lembaga Pengarah KESEDAR merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri menyalurkan bantuan awal kepada mangsa banjir yang terjejas di Kampung Batu 6, Batu 10, Batu 11 dan Batu 12 menggunakan keretapi.
Bantuan tersebut merupakan bantuan awal yang digerakkan oleh KESEDAR memandangkan laluan utama dikawasan kampung berkenaan tidak dapat dilalui dan kebanyakkan penduduk kampung terperangkap dan terputus hubungan.
Sejumlah 200 pek bantuan makanan dihulurkan kepada mangsa banjir di keempat-empat kampung tersebut. Bantuan makanan ini merupakan salah satu inisiatif KESEDAR dalam membantu meringankan beban kumpulan sasar yang terlibat dengan banjir.
Turut hadir, Tuan Hj W. Rahimi bin Wan Salleh, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), En Fadly bin Manaf, Pengurus Bahagian Pembangunan Masyarakat dan En Ramadhan bin Sulaiman, Pengurus Wilayah Gua Musang.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi bilik Gerakan Banjir KESEDAR di talian 099132269/263