GUA MUSANG – Pengurus Besar KESEDAR, YABrs Dr Shahrir Bin Mohammad Zakey telah menyampaikan sumbangan daripada KESEDAR kepada Sekolah Kebangsaan Hendrop, Gua Musang, di sini hari ini.
Sumbangan tersebut berupa alat tulis untuk diagihkan kepada 288 orang pelajar di sekolah berkenaan dan telah diserahkan kepada Guru Besarnya, Encik Azman Bin Ismail.
Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Tuan Haji Wan Muhd Rahimi Bin Wan Salleh, Pengurus Bahagian Pembangunan Masyarakat, Encik Mohd Fadhly Bin Ab Manaf dan Pengurus Wilayah Gua Musang, Encik Ramadhan Bin Sulaiman.