KESEDAR Sumbang Kit Bantuan Banjir Kepada Kumpulan Sasar

 

GUA MUSANG – Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), YB. Ustaz Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Batu Papan dan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Jeram Tekoh yang terlibat dalam kejadian banjir baru-baru ini.

Pengagihan yang disempurnakan tersebut adalah sebahagian daripada kit bantuan banjir Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan dilaksanakan oleh KESEDAR dengan peruntukan RM500,000 yang diumumkan oleh YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri KPLB, sebelum ini.

Kit bantuan tersebut mengandungi barang keperluan diri, makanan dan set penjagaan kesihatan. Kit bantuan tersebut diharap dapat membantu meringankan beban kesusahan yang ditanggung kumpulan sasar di luar bandar berhadapan dengan bencana banjir.

Program lawatan dan pengagihan kit tersebut turut melibatkan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) KESEDAR yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, YB Ab Aziz bin Yusof, dan YBrs. Encik Azman bin Ahmad. Hadir sama, ADUN Galas, YB Mohd Syahbuddin bin Hashim,  ADUN Paloh, YB Amran bin Arifin dan Pengurus Besar KESEDAR, YABrs Dr Shahrir bin Mohammad Zakey.

Accessibility Toolbar