TANAH MERAH- KESEDAR terus berganding bahu dan memberikan kerjasama penuh kepada Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah dalam melaksanakan Program Outreach Vaksinasi Covid-19.
Program tersebut telah berlangsung selama dua hari bermula 8 dan 9 Ogos 2021 bertempat di Dewan Pejabat Operasi KESEDAR Peralla.
Seramai 400 orang telah divaksinasi dengan dos kedua yang melibatkan kumpulan sasar dari 9 buah kampung merangkumi Kg.Peralla 1, Kg.Peralla 2, Kg. Ulu Bertam, Kg.Air Kerilla, Kg. Batang Bergedik, Kg.Bukit Capong, Kg. Air Piau,Kg. Air Limau dan Kg. Air Resom.
Program Outreach Vaksinasi Covid-19 ini diadakan bertujuan untuk memastikan semua lapisan masyarakat di luar bandar divaksin, selain bertujuan untuk membentuk imuniti kelompok.