GUA MUSANG – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan Program Outreach Vaksinasi Covid-19, ke kawasan pedalaman, Kampung Miak, Gua Musang.
Program yang berlangsung pada hari ini menyasarkan 100 penduduk kampung berkenaan untuk menerima suntikan vaksin dos pertama.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, YB Amran Ariffin dan Ketua Unit Komunikasi Korporat, Encik Amran Abdullah.
Pemberian vaksin dos kedua pula dijadualkan pada 24 Ogos depan.
Sebagai info, Kampung Miak merupakan kawasan perkampungan yang berada di pedalaman dan perlu merentasi laluan balak kira-kira 30 kilometer dari laluan utama Gua Musang – Kuala Krai.
Ia merupakan usaha agensi bagi menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi mencapai kadar peratusan imuniti kelompok.