GUA MUSANG – Seramai 204 penghuni kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR), Gua Musang, menerima suntikan vaksin dos pertama menerusi Program Outreach Vaksinasi Covid-19, yang diadakan di Dewan PPR Gua Musang, hari ini.

Program ini merupakan kerjasama Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bagi menyahut saranan kerajaan dalam menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Turut hadir, Pengurus Besar KESEDAR, YABrs Dr Shahrir Mohammad Zakey, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, YB Mohd Syahbuddin Hashim dan Pengurus Bahagian Pembangunan Masyarakat, Encik Mohd Fadhly Ab Manaf.

Penerima vaksin dos pertama pada hari ini akan melengkapkan dos kedua mereka pada 24 Ogos depan.

Accessibility Toolbar