Kunjungan Hormat Puspanita Cawangan Kecil KEJORA Ke KESEDAR

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah menerima kunjungan hormat daripada Puspanita Cawangan Kecil Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).

Kunjungan ini diketuai oleh Timbalan Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil KEJORA, Cik Haslinda Abu Bakar dan Setiausaha, Datin Siti Azni Zakaria.

Kunjungan yang disertai 40 peserta di kalangan penjawat KEJORA ini turut diraikan bersama Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil KESEDAR, Puan Hajah Saida Haji Mat serta beberapa ahli.

Rombongan ini turut dibawa ke beberapa lokasi tarikan di Gua Musang antaranya Muse Ecopark, Masjid Razaleigh, Taman Etnobotani dan Gua Neon.

Selain itu, mereka juga turut berpeluang untuk melawat dua premis usahawan bimbingan KESEDAR iaitu K-Bakery dan Pizzamas.

Program sebegini sekali gus dapat mengeratkan ukhwah antara KEJORA dan KESEDAR termasuk saling bertukar pandangan mengenai kemajuan dan pembangunan serta memperkasakan inovasi sektor perniagaan.

Accessibility Toolbar