Kunjungan Kasih YABrs Pengurus Besar Kepada Mangsa Kebakaran Di RKT Paloh 3

YABrs. Dr Shahrir Mohammad Zakey, Pengurus Besar KESEDAR telah menyantuni mangsa kebakaran iaitu Puan Hasnah Mohzin yang juga merupakan peneroka KESEDAR RKT Paloh 3 pada 16 Jun 2022 yang lalu.

Hasil siasatan oleh Bomba mendapati punca kebakaran berpunca dari litar pintas. Oleh yang demikian, YABrs. Pengurus Besar telah menyampaikan bantuan wang ringgit kepada mangsa bagi meringankan beban yang dihadapi mangsa dan keluarga.