Kursus Asas Pertahanan Awam Tahun 2025

Seramai 88 kakitangan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) menyertai Kursus Asas Pertahanan Awam Tahun 2025.

Kursus yang diadakan di Dewan Dato Ariffin Said, Ibu Pejabat KESEDAR itu dilaksanakan selama dua hari bermula semalam.

Ia adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kefahaman tentang pengurusan dalam pertahanan awam, asas kemahiran kawad kaki, asas kemahiran medik, asas kemahiran melawan kebakaran, asas kemahiran ikatan dan simpulan serta asas kemahiran menyelamat.

Kursus ini dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Puan Hajah Norlidasaidi Awang Teh.

Turut hadir, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Kelantan, YS KOL. (PA) Mohd Adzhar Mujab.