Kursus Smart Parenting, Tingkat Pengetahuan Dan Kemahiran Keibubapaan

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah menganjurkan Kursus Institusi Kepimpinan dan Kekeluargaan Rancangan (Siri 1) : Kursus Smart Parenting hari ini.

Kursus di bawah Program Rehabilitasi Komuniti KESEDAR Tahun 2025 ini diadakan di KESEDAR Hotel Travel & Tours, Gua Musang.

Menerusi kursus siri pertama ini, seramai 32 pasangan iaitu 64 peserta telah menyertai kursus yang dikendalikan oleh penceramah, Haji Hushim Salleh.

Kursus Smart Parenting merupakan satu inisiatif program yang dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan dalam kalangan ibu bapa melalui pendekatan psikologi, pendidikan dan pembangunan sahsiah anak-anak.

Selain itu, ia juga dapat memperkasakan lagi peranan ibu bapa sebagai ‘role model’ atau contoh terbaik dengan menonjolkan nilai-nilai murni,sikap terpuji dan bertanggungjawab dalam membentuk generasi moden di era yang serba mencabar ini.

Kursus ini dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KESEDAR, Encik Mohd Fadhly Ab Manaf.