GUA MUSANG – Seramai empat keluarga dari kawasan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Sungai Asap B, menerima sumbangan bakul makanan dari Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Sumbangan bakul makanan ini disampaikan oleh Pengerusi KESEDAR, YB Ustaz Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz, semasa lawatan turun padang Ahad lalu.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi KESEDAR, Encik Bahari Mohamad Nor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, YB Ab Aziz Yusoff, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah KESEDAR, Pengurus Besar KESEDAR, YABrs Dr Shahrir Mohammad Zakey, dan Pengurus Bahagian Pembangunan Pertanian, Che Zulkifli Ab Rahman.

Bermula Januari 2021 sehingga kini , KESEDAR telah menyalurkan 1084 sumbangan bakul makanan ke seluruh kawasan KESEDAR bagi usaha membantu meringankan beban masyarakat yang terjejas ekoran penularan pandemik Covid-19 amnya.

Semoga sumbangan ini memberi manafaat buat mereka yang memerlukan.

Accessibility Toolbar