Pengurus Besar KESEDAR, YABrs Dr Shahrir Bin Mohammad Zakey telah membuat lawatan ke premis perniagaan KMart di Gua Musang yang merupakan salah satu premis perniagaan di bawah naungan KESEDAR serta berperanan sebagai pusat pengumpulan produk usahawan tempatan.
YABrs Pengurus Besar juga turut meninjau bagi menilai prestasi salah satu projek di bawah Program Industri Kotej Bersepadu Tahun 2020 iaitu Nijeros Trading yang berkonsepkan program mentor mentee. Turut hadir bersama Pengurus Bahagian Ekonomi & Pelaburan, Pn Yunaiha Binti Ismail dan Pengurus Wilayah Gua Musang, En Ramadhan Bin Sulaiman.