Majlis Hari Raya Aidilfitri RKT KESEDAR Chalil

Lebih 2,000 masyarakat setempat memeriahkan sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil hari ini.

Sambutan ini juga dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi KESEDAR, Datuk Haji Zawawi Haji Othman dan Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KESEDAR, Encik Mohd Fadhly Ab Manaf.

Majlis yang berlangsung di Balai Raya RKT KESEDAR Chalil itu menyediakan pelbagai hidangan istimewa buat tetamu antaranya nasi hujan panas, ketupat, rendang, lemang, bihun sup, sate dan kuih muih.

Tampil kelainan, majlis hari ini juga turut dipancarkan secara ‘live’ di atas talian bagi berkongsi kemeriahan dengan pengikut di aplikasi Facebook.

Selamat Hari Raya!