Majlis Hari Raya SMK Sri Wangi – Pengurus Besar KESEDAR Hadir Meraikan Guru  Dan Para Pelajar

Dr. Shahrir Mohammad Zakey, Pengurus Besar KESEDAR  hadir meraikan undangan dengan menyampaikan ucapan perasmian dalam majlis yang dihadiri seluruh warga sekolah SMK Sri Wangi. Dalam ucapannya, Dr. Shahrir memberi kata-kata semangat kepada para pelajar supaya berusaha gigih dalam pelajaran untuk membuktikan keupayaan pelajar luar bandar yang setanding dengan pelajar di bandar besar yang serba maju.

KESEDAR sentiasa memberi perhatian dalam membantu masyarakat belia dan remaja luar bandar dalam mengharungi cabaran dan persaingan hidup. Justeru itu, Pengurus Besar memberi jaminan untuk turut terlibat secara langsung dalam usaha memperkasakan golongan muda termasuk bakal lepasan sekolah. Maklumat berkenaan pelbagai bantuan dana dan kemahiran yang boleh diperolehi para belia akan dikomunikasikan dengan lebih giat kepada kumpulan sasar termasuk pelajar di fasa akhir persekolahan peringkat menengah.

Majlis hari raya tersebut turut dihadiri oleh En. Mohd Rozali Muda, Pengetua SMK Sri Wangi, Pn. Dayang Asmah Abd. Hamid, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Sri Wangi, En. Mohd Asri Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Sri Wangi, Puan Norhayati Abdul Kadir, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Sri Wangi dan guru-guru SMK Sri Wangi.