Sekitar Majlis Penyerahan Sumbangan Mangsa Banjir Kilat, Gua Musang, Kelantan oleh Pejabat KESEDAR Wilayah Gua Musang bertempat di Dewan Rahmat, Ibu Pejabat KESEDAR.
Sumbangan berbentuk wang tunai dan bakul makanan telah diserahkan kepada 73 orang penerima yang melibatkan 5 buah Pusat Pemindahan Sementara yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Gua Musang.
Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh YB. Haji Syahbuddin Bin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Galas dan turut dihadiri Encik Iskandar Zurkarnain bin Ibrahim, Pengurus Besar KESEDAR serta Encik Mohd Ramadhan Bin Sulaiman, Pengurus Wilayah Gua Musang.