Majlis Perhimpunan Bulanan Dan Amanat Tahun Baharu 2025 KESEDAR

Santuni kelompok sasar menerusi komunikasi yang baik menjadi antara perkara utama yang ditekankan menerusi Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun Baharu 2025 KESEDAR.

Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh berkata, sebagai penjawat awam yang sering berdepan dengan masyarakat desa, cara berkomunikasi perlu dititikberatkan.

“Aspek komunikasi perlu diutamakan bila kita berdepan dengan masyarakat. Masyarakat akan menilai dengan cara kita berhubung, bercakap dan berinteraksi. Dari situlah kita membawa imej jabatan.

“Selain itu, sebagai penjawat awam kita juga perlu menghormati penguatkuasaan undang-undang dan peraturan. Sekiranya berlaku perubahan dari segi peraturan dan undang-undang, kita perlu hormat dan menyifatkan ia sebagai perubahan ke arah kebaikan,” katanya.

Majlis ini dirasmikan Pengerusi KESEDAR, Datuk Haji Zawawi Othman. Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Hajah Norlidasaidi Awang Teh dan Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Mohd Fadhly Ab Manaf.

Dalam pada itu, majlis turut diserikan dengan Penyampaian Anugerah Pekerja Bulanan Sesi Oktober hingga Disember 2024.

Accessibility Toolbar