Majlis Perhimpunan Bulanan KESEDAR Dan Pra Pelancaran KESEDAR Jamboree 2022

Pada 24 Julai yang lalu, telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan KESEDAR dan Pra Pelancaran KESEDAR Jamboree 2022 di Dewan Dato’ Ariffin Said, Ibu Pejabat KESEDAR.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YABrs Dr. Shahrir Mohammad Zakey, Pengurus Besar KESEDAR, Tn. Hj. W. Rahimi bin Wan Salleh, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dan Pn. Hjh Norlidasaidi Awang Teh, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan).

Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan sesama warga KESEDAR. Dalam majlis itu, Pengurus Besar KESEDAR turut menyampaikan amanat beliau kepada seluruh warga KESEDAR.

Majlis diteruskan lagi dengan gimik pra pelancaran KESEDAR Jamboree 2022 yang disempurnakan oleh YABrs. Dr. Shahrir Mohammad Zakey, Pengurus Besar KESEDAR. Seramai 1,000 peserta dari seluruh Malaysia termasuk dari negara jiran iaitu Singapura dan Thailand akan bertanding di KESEDAR Jamboree 2022 yang akan berlangsung pada 30 Julai ini.

Antara objektif Program KESEDAR Jamboree ini adalah untuk memperkenalkan wilayah Kelantan Selatan sebagai salah satu destinasi pelancongan baru kepada rakyat Malaysia, memupuk semangat bersukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Gua Musang secara khususnya dan rakyat Malaysia secara umumnya, mengeratkan lagi hubungan antara kesedar dengan agensi-agensi kerajaan yang lain dan juga badan-badan  bukan kerajaan yang terlibat.

Majlis berakhir pada pukul 1.00 tengah hari.