Gua Musang- YABrs Pengurus Besar KESEDAR, Dr. Shahrir Bin Mohammad Zakey, telah menghadiri sesi ramah mesra bersama Kelab Bola Sepak KESEDAR (KESEDAR FC) bertempat di Taman Rekreasi KESEDAR Perdana.
Sesi ramah mesra ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan barisan pengurusan dan pemain KESEDAR FC kepada pengurusan KESEDAR serta penyerahan sekaligus memperagakan jersi baharu bagi memulakan kempen musim 2021/2022.
KESEDAR FC bakal memulakan saingan dalam kempen Kelantan Football League (KFL) 2022 yang dijangka bermula pada awal 2022 nanti, malah KESEDAR FC juga akan menyertai Kejohanan Bola Sepak Piala YB. Timbalan Menteri II Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Makanan ,YB. Dr Nik Zawawi Bin Haji Salleh yang dijadualkan berlangsung pada pertengahan Oktober tahun ini bertempat di Pasir Puteh.
Dalam sesi ramah mesra, YABrs Pengurus Besar juga menyatakan sokongan penuh terhadap usaha kelab ini untuk mengambil bahagian dalam kejohanan-kejohanan domestik serta mendoakan agar KESEDAR FC dapat mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengurus Besar Pembangunan Kesedar Tuan Haji Wan Muhd Rahimi Bin Wan Salleh dan En Kamal Badrul Hisyam Bin Mohamed selaku Presiden Kelab Bola Sepak KESEDAR.