Majlis Sambutan Hari Raya Wilayah Jeli Tanah Merah Di Gual Ipoh
Lebih 2,000 penduduk setempat membanjiri Majlis Sambutan Hari Raya Wilayah Jeli Tanah Merah yang berlangsung di Pasar Awam Gua Ipoh, Tanah Merah hari ini.
Majlis sambutan ini merupakan acara tahunan KESEDAR dalam menyantuni masyarakat di kawasan berkenaan.
Antara hidangan-hidangan yang menjadi pilihan termasuk rendang, lemang, ketupat, sate, kambing golek dan juga kuih muih.