Majlis Solat Hajat, Bacaan Yaasin Dan Ceramah Agama Sempena Bulan Rejab Bagi Tahun 2025
Bulan Rejab dianggap sebagai bulan istimewa dalam Islam dengan beberapa kelebihan yang diberikan oleh ALLAH SWT.
Ia adalah bulan yang dimuliakan dan merupakan salah satu dari empat bulan yang dianggap suci dalam Islam (Ashhur al-Hurum).
Bulan Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram adalah bulan istimewa dan diberkati malah peperangan dilarang pada bulan-bulan ini.
Mengambil keberkatan di bulan ini, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) menganjurkan Majlis Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan Ceramah Agama Sempena Bulan Rejab bagi Tahun 2025.
Bertempat di Dewan Dato Ariffin Said, Ibu Pejabat KESEDAR, majlis ini dihadiri Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh.
Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Hajah Norlidasaidi Awang Teh dan Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Mohd Fadhly Ab Manaf.