Mesyuarat Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat KESEDAR, Gua Musang. Mesyuarat yang berlangsung pada 10 April yang lalu telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Hajah Norison binti Ramli, Timb. Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Ahli Mesyuarat Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW).