Nikmat Sihat Itu Mahal

“Manusia hanya menyedari betapa berharganya kesihatan apabila sudah jatuh sakit. Bila makan tidak berselera, tidur tidak nyenyak dan perasaan juga tidak tenteram.

“Jadi hargailah nikmat sihat. Peliharalah sebaik mungkin kerana nikmat itu sangat mahal. Dua nikmat yang sering kita lalaikan adalah nikmat sihat dan masa yang lapang.

Itulah antara kata-kata nasihat daripada Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KESEDAR, Puan Hajah Norlidasaidi Awang Teh ketika hadir melapangkan masa bersama kakitangan menerusi Program Latihan Membina Sikap (LMS) bulan April 2025, hari ini.

Tambah beliau, penjawat KESEDAR juga perlu mempunyai kesedaran mengenai simpanan kesihatan.

“Penjawat perlu berhemah dengan kewangan dan mempunyai simpanan untuk kesihatan kerana kita tidak tahu nikmat sihat itu akan dipinjamkan sampai bila.

“Jadi, perlulah ada simpanan untuk kesihatan agar kita tidak dihimpit masalah kewangan ketika sakit. Elakkan keterhutangan serius di kalangan penjawat awam,” katanya lagi.

Program LMS hari ini turut diisi dengan aktiviti senam robik dan berjalan 1,000 langkah.