Pengurus Besar KESEDAR, YABrs Dr Shahrir Bin Mohammad Zakey telah melakukan lawatan kerja ke RKT Chalil dan RKT Lebir bagi memantau prestasi pengurusan ladang-ladang yang diuruskan oleh anak syarikat KESEDAR dan ladang-ladang yang akan diserahkan pengurusannya kepada peneroka dalam masa terdekat.
YABrs Pengurus Besar juga turut meluangkan masa menyampaikan sumbangan bakul makanan untuk diagihkan kepada peneroka yang layak bagi meringankan kesukaran hidup mereka dalam menghadapi pandemik Covid-19.
Pada masa yang sama, YABrs Pengurus Besar juga turut meluangkan masa beramah mesra bersama warga kerja KESEDAR di kedua-dua pejabat operasi tersebut. Turut hadir, Pengurus Bahagian Pembangunan Pertanian, Che Zulkifli Bin Ab Rahman.