Pembangunan Pangkalan Data GIS, Inovasi Yang Memberi Manfaat Kepada Peneroka
Seramai 20 kakitangan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah menyertai Sesi Latihan Pentadbir Sistem dan Pengguna Bagi Projek Perkhidmatan Pembangunan Pangkalan Data GIS RKT KESEDAR Chalil.
Program yang diadakan di Bayview Hotel Melaka ini disertai pengurus serta kakitangan Bahagian Hartanah, Bahagian Teknologi Maklumat serta Bahagian Pembangunan Pertanian.
Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi (GIS) dibangunkan menerusi sistem KaLIS iaitu satu inovasi dan kemajuan yang dibangunkan oleh KESEDAR sekali gus memberi manfaat besar kepada peneroka.
KaLIS atau ‘Asset Land Information System’ merupakan satu sistem pengurusan hartanah yang memudahkan urusan dan maklumat dapat diakses dengan lebih pantas, tepat dan efisien.
Menerusi sistem ini, pengguna dapat membuat capaian kepada maklumat ladang menerusi beberapa pangkalan data yang disediakan.
GIS KESEDAR Chalil merupakan sistem untuk Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) ketiga yang dibangunkan selepas RKT Jeram Tekoh dan Sungai Asap.
Pembangunan Pangkalan Data GIS KESEDAR secara bersepadu merupakan elemen terpenting kepada pengumpulan data GIS kepada gologan sasar serta pengguna awam.
Antara kelebihan Pangkalan Data GIS KESEDAR ialah meminimumkan pertindihan data, data lebih sistematik dan efisien, membaiki kebolehcapaian data dan menghasilkan data yang lebih utuh.