11 Julai 2021 – YB Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad, Timbalan Menteri 1, Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah turun padang untuk melawat pusat Vaksinasi di Wilayah KESEDAR. Program ini turut disertai oleh YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus (Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar), YB Ustaz Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz (Pengerusi Lembaga Pengarah KESEDAR), YABrs. Dr. Shahrir Mohammad Zakey (Pengurus Besar KESEDAR), YB. Mohd Syahbuddin Hashim (ADUN Galas), YB. Ab. Aziz Yusoff (ADUN Nenggiri) dan YB. Amran Arifin (ADUN Paloh).
Program Outreach (Jelajah) Vaksinasi Covid-19 ini diadakan bertujuan untuk memberi suntikan Vaksin Covid-19 kepada masyarakat di Wilayah KESEDAR. Seramai 400 orang orang asli di sekitar Kuala Betis dan 400 peneroka/penduduk di gugusan Paloh telah menerima vaksin pada hari ini dan esok.
YB Timbalan Menteri 1 juga telah merasmikan ‘FreeRide@Kesedar2PPV’ iaitu program menyediakan pengangkutan kepada peneroka dan penduduk di dalam Wilayah KESEDAR ke Pusat Pemberian Vaksin di Paloh dan Chiku 5.
Beliau turut mengagihkan bantuan makanan asas kepada 500 penerima yang memerlukan dan memberi penghargaan kepada sukarelawan dan frontliners seramai 60 orang.
Program ini melibatkan kerjasama antara Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi agensi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Majlis Amanah Rakyat menerusi anak syarikatnya MARA Liner Sdn Bhd serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).