1

‘Tak Rugi Merendah Diri’

Rendah diri dalam Islam ialah sikap tawaduk yang tidak sombong, tidak angkuh dan tidak merendahkan orang lain.

Sikap ini membawa kita kepada sentiasa bersederhana dalam banyak perkara dan tidak menganggap diri begitu istimewa di mata manusia.

Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh, berkata dalam persekitaran kerja, sikap merendah diri ini sangat dituntut dalam mengakui kebenaran dan menerima teguran.

“Perwatakan rendah diri ini berlawanan dengan sikap sombong, angkuh, rasa diri hebat dan iri hati terhadap satu sama lain.

“Sebagai satu pasukan dalam jabatan, kita perlu tanam dalam diri kita sikap-sikap yang membawa kepada kejayaan dan sekali gus membentuk ukhwah serta kerjasama yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Latihan Membina Sikap (LMS) Siri 2/2024 yang berlangsung di Dewan Dato Ariffin Said, Ibu Pejabat KESEDAR, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Mohd Fadhly Ab Manaf.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan soal penjagaan kesihatan di kalangan kakitangan terutamanya masalah obesiti yang boleh menjejaskan kesihatan.

Program LMS turut disertakan dengan aktiviti senam robik, berjalan 1,000 langkah di kawasan sekitar dan penyampaian cenderahati kepada kakitangan yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan ini.

Accessibility Toolbar