World Cleanup Day, KESEDAR Tingkat Kesedaran Kakitangan Dalam Kepentingan Menjaga Kebersihan

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) meneruskan program bulanan jabatan, Program Latihan Membina Sikap (LMS) Siri 5 2024 di Dewan Dato Ariffin Said, Ibu Pejabat KESEDAR, hari ini.

Program ini diisi dengan aktiviti senam robik dan penyampaian cenderahati kepada kakitangan KESEDAR yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan September.

Penyampaian cenderahati disampaikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Hajah Norlidasaidi Awang Teh.

Dalam pada itu, sempena sambutan World Cleanup Day, semua kakitangan jabatan juga perlu bergotong-royong di bahagian masing-masing.

Ia adalah salah satu usaha KESEDAR dalam memastikan aktiviti pembersihan kawasan secara serentak dapat dilakukan dengan kerjasama semua kakitangan.

Sambutan ini secara tidak langsung meningkatkan kesedaran agensi kerajaan, badan berkanun, swasta serta masyarakat dalam kepentingan menjaga kebersihan persekitaran dan kelestarian alam.

Accessibility Toolbar