113 Masjid Dan Madrasah Di Gua Musang Terima Sumbangan

GUA MUSANG – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), meneruskan tradisi membantu masjid dan madrasah di daerah ini dalam mengimarahkan bulan Ramadan.

Penyampaian Sumbangan Bulan Ramadan di bawah Program Rehabilitiasi ini melibatkan 113 buah masjid dan madrasah dengan peruntukkan berjumlah RM 73,550 di Jajahan Gua Musang

Sebanyak 38 buah masjid di daerah ini menerima sumbangan wang tunai RM850 manakala 75 madrasah menerima RM550 yang diperuntukkan bagi program imarah di bulan Ramadan nanti.

Majlis penyampaian ini disempurnakan ADUN Nenggiri yang juga Ahli Lembaga Pengarah (ALP) KESEDAR, YB Tuan Haji Ab. Aziz Yusof di Dewan Dato’ Ariffin Said. Turut hadir, Tuan Haji Wan Muhd Rahimi Wan Salleh, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan).

Accessibility Toolbar