KESEDAR Berhari Raya : Aidilfitri di Jeram Tekoh

Gua Musang – KESEDAR menganjurkan Majlis Hari Raya peringkat RKT yang pertama pada 10 Mei 2022 di RKT Jeram Tekoh, Gua Musang yang mendapat sambutan meriah hampir 400 penduduk.

Majlis yang dinantikan masyarakat pelbagai lapisan umur di Wilayah Kelantan Selatan ini menjadi tumpuan setelah dua tahun mereka tidak berpeluang meraikannya akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara.

Kehadiran para tetamu tanpa SOP yang ketat dalam fasa endemik turut mempengaruhi kemeriahan dan keselesaan mereka untuk beramah mesra seperti kelaziman pada tahun-tahun sebelumnya. Peluang ini memberi manfaat yang besar kepada KESEDAR untuk mengembalikan semula hubungan sosial antara masyarakat yang terjejas selama dua tahun berhadapan dengan bencana Covid-19, selain dapat memperkukuh semula kemesraan warga agensi dengan masyarakat.

Sambutan Aidilfitri kali ini bertambah seri dengan kehadiran YB. Tuan Hj. Ab. Aziz Yusoff, ADUN Nenggiri dan YB. Tuan Hj. Amran Arifin, ADUN Paloh. Turut hadir YABrs. Dr. Shahrir Mohammad Zakey, Pengurus Besar KESEDAR bersama Pegawai Pengurusan Kanan KESEDAR serta Ustaz Fakri Mohamed, Ketua Peneroka RKT Jeram Tekoh.

Accessibility Toolbar