KPLB Fun Ride dan Walkathon Hunt Bersama Pengurusan Tertinggi KPLB Sempena Hari Sukan Negara KPLB
PUTRAJAYA, 8 Oktober – KPLB Fun Ride dan Walkathon Hunt Bersama Pengurusan Tertinggi KPLB telah diadakan bersempena Hari Sukan Negara KPLB dengan penuh kemeriahan.
Seramai 20 kumpulan daripada pelbagai jabatan, bahagian serta agensi KPLB telah menyertai Walkathon Hunt. Tidak ketinggalan, KESEDAR juga turut menghantar wakil bagi mewakili acara tersebut dan telah menjuarai acara Walkathon Hunt pada tahun ini. Pengurus besar KESEDAR YBrs. Dr. Shahrir bin Mohammad Zakey yang juga turut menyertai acara Fun Ride mengucapkan sekalung tahniah kepada Team KESEDAR atas kejayaan tersebut.
Program yang turut dihadiri oleh pihak pengurusan tertinggi jabatan dan agensi telah diadakan di bangunan KPLB dan dibahagikan kepada dua sesi iaitu secara tertutup di Dewan KPLB, secara terbuka di sekitar kawasan bangunan KPLB.
Majlis penutup telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha KPLB, YBhg. Dato’ Ramlan bin Harun dan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), YBrs. Dato’ Che Murad Sayang bin Ramjan yang juga telah merasmikan acara pelepasan peserta bagi kedua-dua acara. Pada program tersebut juga, YBrs. KSU turut menyampaikan hadiah bagi Karnival Sukan KPLB Tahun 2022.