Majlis Perhimpunan Bulanan Dan Sesi Dialog Bersama Pengurus Besar KESEDAR
Pada 27 September yang lalu, telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan KESEDAR dan Sesi Dialog Bersama Pengurus Besar di Dewan Dato’ Ariffin Said, Ibu Pejabat KESEDAR.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YABrs Dr. Shahrir Mohammad Zakey, Pengurus Besar KESEDAR, Tn. Hj. W. Rahimi bin Wan Salleh, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dan Pn. Hjh Norlidasaidi Awang Teh, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan).
Majlis diteruskan dengan gimik pra pelancaran K-Fest 2022 yang disempurnakan oleh YABrs. Dr. Shahrir Mohammad Zakey, Pengurus Besar KESEDAR. K-Fest 2022 yang akan diadakan pada November 2022 ini bertujuan untuk memperkenalkan produk keluaran usahawan tempatan serta tempat-tempat pelancongan yang terdapat di Gua Musang kepada masyarakat dalam dan luar Negeri Kelantan.
Dalam majlis ini juga, Pengurus Besar KESEDAR memberi ruang kepada para penjawat KESEDAR untuk mengajukan soalan-soalan bagi menyelami masalah yang dihadapi oleh warga KESEDAR.