Pesara Care KESEDAR : Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Pesara

GUA MUSANG – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) buat julung kali mengadakan lawatan ke rumah pesara-pesara KESEDAR yang sakit sempena bulan Ramadan di Taman Wangi, Gua Musang pada 04 April 2022.

KESEDAR mengimarahkan lagi bulan Ramadan yang penuh keberkatan dengan mengadakan Program Pesara Care bagi menghulurkan sumbangan hamper dan kewangan  kepada pesara-pesara KESEDAR yang telah lama berkhidmat sebelum ini bagi memeriahkan dan memberi semangat kepada mereka untuk menempuh cabaran berpuasa dalam keadaan tahap kesihatan yang tidak menentu.

Program prihatin ini menjadi pelengkap kepada kepentingan aspek kebajikan warga dan bekas penjawat KESEDAR yang menjadi perhatian kepimpinan baharu KESEDAR. Perubahan terhadap kesejahteraan hidup masyarakat wilayah Kelantan Selatan bermula dengan menjaga kesihatan dan keselesaan hidup keluarga warga kerja KESEDAR.

Penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh YABrs. Dr. Shahrir bin Mohamad Zakey, Pengurus Besar KESEDAR. Turut hadir, Puan Rushwahanis Ramli, Pengurus Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia.

Accessibility Toolbar